Tuesday, December 4, 2012

IKHLAS MENERIMA KEKURANGAN PASANGAN


Hal terpenting pertama yang harus kita perlihatkan kepada calon pasangan kita adalah menunjukkan apa yang menjadi kekurangan kita. Bukan malah dengan begitu bangganya menonjolkan apa yang menjadi kelebihan kita.

Katakan kepadanya : "Aku bukan orang yang sempurna. Dan aku berharap kamulah yang akan menjadi penyempurna hidupku."


Jika hal itu bisa kita lakukan,,
Maka apa yang menjadi kelebihan kita akan menjadi sebuah 'HADIAH' terindah untuk pasangan kita ketika pada suatu saat dia mengetahui dengan sendirinya.

Sesungguhnya Cinta yang tulus tak hanya mencari kelebihan dari pasangan.Akan tetapi juga harus siap menerima setiap kekurangan dari pasangan yang kita cintai.

Karena pada hakikatnya..
Membangun rumah tangga adalah sebuah proses dalam menyatukan dua hati untuk saling mengisi dan saling melengkapi demi mengharap Redha Ilaahi Rabbi...





InsyaAllah.

Monday, December 3, 2012

MENGHARGAI CUTI SEKOLAH

Cuti persekolahan hujung tahun sememangnya merupakan waktu yang amat dinanti-nantikan oleh sebahagian ibubapa dan  juga  semua  anak-anak yang bersekolah.  Ini adalah  kerana waktu ini  para ibubapa sudah merancang percutian anak-anak mereka sama ada untuk pergi melancong, berkelah, pulang ke kampung halaman dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini jika dirancang dan dilakukan mengikut lunas-lunas Islam sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada anak-anak disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi sesama keluarga dan saudara-mara.

Kita harus menyedari bahawa cuti persekolahan bukanlah bermakna membiarkan anak-anak hidup sebebas-bebasnya kerana ini hanya akan mengundang banyak perkara negatif dalam diri mereka. Kita harus sedar bahawa anak-anak  mudah terpengaruh dengan arus globalisasi yang membawa masuk pelbagai bentuk budaya negatif dan bertentangan dengan budaya murni umat Islam. Antaranya seperti budaya songsang, kes-kes buli, pergaduhan, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Ini seterusnya akan memburukkan lagi masalah moral dan sosial yang telah berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Tidak kurang pula pelajar-pelajar yang suka melepak di kaki-kaki lima mahupun di pusat-pusat membeli-belah, berkurung dalam bilik, di depan skrin komputer. Benar atau tidak, hanya ibu bapa ada jawapannya. Jika sepanjang cuti ini, mereka melahirkan hasrat untuk tidur, bermain atau menonton wayang, kita seharusnya sedari awal, merencana apa yang perlu dilakukan supaya masa emas, tidak berlalu sia-sia.

"Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Justeru kita sebagai ibubapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak, seharusnya berusaha menanamkan sifat menghargai masa dan membudayakannya dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak harus dididik bagaimana untuk memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Mereka juga harus sentiasa diingatkan betapa masa yang telah berlalu pergi tidak akan kembali lagi. Masa itu diibaratkan seperti emas yang amat berharga; yang mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap orang  yang memilikinya

Waktu begini disarankan  dipenuhi  dengan  aktiviti  berfaedah.  ‘Summer camp’ antara  pilihan  untuk  dimanfaat  pelajar  ketika cuti.. ‘Summer  camp’ menyediakan  tiga  jenis  gaya  pembelajaran, iaitu melalui visual, auditori dan kinestetik bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai apa  yang ingin disampaikan.  Hakikatnya, pelajar lebih  mudah  memahami sesuatu  yang ingin disampaikan  apabila  mereka  melakukan  aktiviti  yang dapat merangsang minda mereka dan seterusnya maklumat berkenaan akan tersimpan di minda kekal.  Selain itu, mereka juga mudah tertarik dan berminat  apabila melalui sesuatu  yang baru  yang  belum pernah mereka lalui sebelum  ini . Boleh dikatakan, “summer camp” menjadi  keperluan kepada  pelajar  terutama generasi sekarang  sebagai  pelengkap pembelajaran  di sekolah  bagi  menjamin survival mereka pada masa akan datang Bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya bercuti. Jangan biarkan masa berlalu  percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita. 
Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di dalamnya. Jika  ia  air kosong harganya murah berbanding  jika  ia diisi dengan emas maka ia berharga. 

Bagi yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan  aktiviti lain  asalkan  tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan perancangan.  Rugi sangat masa berlalu  begitu  saja  jika asyik menghadap permainan  video  sepanjang  waktu  atau  menonton televisyen.  Hassan  Al-Banna  pernah  mengatakan, “Waktu  adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan.”


Begitu pentingnya  waktu  sehingga  Allah s.w.t  bersumpah  dengan  waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” firman  Allah dalam surat al-Ashr.  Selain  itu, dalam surah  lain  seperti  Walfajri, demi  waktu  fajar  (al-Fajr:1),  Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1),  Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi  waktu  siang (asy-Syams: 4).

Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin.  Hantarlah anak mengikuti kelas atau  tuisyen  atau  bawalah  mereka ke pesta buku  yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.

Bagi ibu bapa  yang sibuk bekerja, luangkan  masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak.  Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun  hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Masa cuti ni lah anak-anak kita ingin 'recharge' tenaga, emosi dan semangat.

Ada juga yang berpegang pada  pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Tidak begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Pepatah  seperti  ini  tidak  boleh  diguna pakai oleh seseorang  yang  bergelar pelajar. Islam menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang  masa hinggalah  ke liang  lahad. Apa yang  peliknya, apabila  tiba  waktu  belajar, mereka  juga  tidak  belajar.  Ada  sesetengah  pelajar, apabila  guru mengajar di depan, mereka berbual-bual di belakang dan kerja rumah  yang  di beri oleh guru  sering  mereka  abaikan.  Manusia  yang  membazikan  masa  adalah tergolong di dalam golongan  orang-orang  yang  rugi. Mereka  rugi di dunia dan juga  rugi  di akhirat.
Tanggungjawab ibu bapa sangatlah besar dan berat. Mendidik anak menjadi seorang muslim sejati bukanlah senang. Tambah pula di era moden ni masing-masing ada kerjaya nak dijaga. komitmen berbahagi-bahagi antara dunia dan akhirat.. Itu adalah paksaan dunia, kita tidak diwajibkan mencari kemewahan semata tetapi carilah akhiratnya jua. Ibu bapa juga boleh diistilahkah penghantar ke syurga atau sebaliknya.
Adakah telah dipersiapkan anak-anak yang dilahirkan untuk dapat uruskan jenazah ibu bapa mereka setelah mereka meninggal? Mandikan jenazah, kafankan, mahupun urusan ke liang lahad. Tidak kira la lelaki ataupun perempuan tetap sama. Tidak semestinya anak perempuan tak layak, tak sesuai dan segala bagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab untuk menguruskan jenazah ibunya. Alangkah baik kalau selaku anak adik beradik memandikan sendiri jenazah orang tuanya. Tentunya kalau kita sendiri melakukan perkara tersebut dengan penuh kasih sayang dan tertib. Kalau orang lain semestinya tak macam yang kita uruskan sendiri. Andaikata ada aib, tentunya rahsia tu kita simpan ketat-ketat. Begitu jugak masa mengkafankannya. Tentunya kita susun elok-elok kita balut cantik-cantik sebagai pakaian terbaik untuk dihantar ke alam roh kelak. Seterusnya mengimamkan jemaah untuk sembahyang jenazah. Adakah anak-anak kita mampu untuk melakukan tu? Sehingga masuk ke liang lahad untuk meletakkan diperbaringan terakhir, semua urusan terakhir anak-anak yang buat. Si arwah tentu berbangga dan bersyukur kerana diberi anak yang soleh dan solehah  dan bertanggungjawab.

Anak adalah amanah yang mesti dicorak menurut perintah dan kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti perangai Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu laksanakan komunikasi unggul, tunjukkan teladan yang baik dan paling penting; utamakan solat dan berdoa.
Apa juga perancangan ibu bapa, hendaklah memastikan anak dapat menikmati percutian dengan belajar perkara yang boleh dimanfaatkan mereka dalam membentuk jati diri menjadi umat Islam yang akan  berbakti kepada  agama, bangsa serta negara. 
Wallahualam

                                                              Renungan
             
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan  suami isteri  bersyukur  atas  rezeki  berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT  berfirman  yang bermaksud, 
Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”


" WANITA ITU..."

WANITA ITU SEDERHANA...
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya butuh ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.

WANITA ITU KUAT...
Ia mampu tetap tersenyum kala teriris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.

Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.

WANITA ITU PENYEMANGAT...
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.
Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN...
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA IA BODOH...
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

BUKAN KERANA IA LEMAH...
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah derajat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam.
Mereka tidak ingin berada diatasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu.

Maka hargailah wanita...
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai RidhaNya.
Assalam kengkawan

lamanya tak update blog ni...

sebabnya...

biasalah manusia ni kan, bila dah lama terlupa, harunya terlupa email dan kata laluan...

now insyaAllah aktif balik jika diizinkan oleh Nya...
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. - ALMUKMIN 60

Tuesday, August 17, 2010

"Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika isteri menangis dihadapanmu,
"Hargailah ia sebelum terlewat.
"Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaatkau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2,jika seorang isteri menangis keranamu,tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITyang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wallhualam

Tuesday, August 3, 2010

PERBAIKILAH KEADAAN DIRIMU

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. bahwa suatu ketika Rasulullah berkata kepada Fatimah, “Wahai Fatimah, apa yang menghalangimu untuk mendengarkan sesuatu yang telah kuwasiatkan kepadamu agar kamu mengucapkannya, baik di waktu pagi maupun di waktu petangmu. Ucapan itu adalah : Wahai dzat yang hidup, wahai Dzat yang berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku seluruhnya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada nafsuku sekejap mata pun.” (HR. Muttafaq Alaihi).

Itulah wasiat Rasulullah yang sangat berharga kepada putrinya, Fatimah ra. Wasiat itu pernah disampaikan kepada Fatimah. Namun kebetulan suatu ketika Fatimah lupa mengamalkan pesan tersebut. Yang demikian itu membuat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam terdorong untuk menegur, “Apa yang mengahalangimu untuk mendengarkan sesuatu yang telah kuwasiatkan kepadamu.”

Peringatan itu adalah bukti kasih sayang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fatimah. Sehingga Rasulullah meminta agar Fatimah membacanya di waktu pagi dan petang. Dan sebenarnya, wasiat itu tidak terbatas untuk Fatimah saja, tetapi baik pula untuk kita contoh dan kita amalkan.

Hayyu adalah salah satu dari sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam Al-Quran disebutkan sebanyak lima kali. Abu Sulaiman al Khathibi ra. mengatakan : Al Hayyu, artinya Dzat yang senantiasa ada dan hidup. Bagi-Nya tidak berlaku adanya hidup sesudah mati dan tidak pula sebaliknya. Sedangkan yang lain akan mengalami mati sesudah hidup atau hidup sesudah mati.

Sementara itu Al Allamah al Halimi ra. Berpendapat, “Ya Hayyu adalah suatu ucapan yang timbul karena sesuatu yang hidup. Sementara seluruh perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala timbul daripada-Nya dan dengan kemutlakan-Nya. Jika kita telah menetapkan predikat itu untuk-Nya, maka kita telah mengutarakan satu kenyataan bahwa Dia adalah Dzat Yang Hidup.”

Al Qayyum merupakan di antara sifat perbuatan (af’al) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam Al Quran disebutkan sebanyak tiga kali. Kata Imam Halimi, “Sesungguhnya Dia adalah Dzat yang berdiri di atas setiap makhluk. Dialah Yang mengatur dan mengendalikan sesuatu dengan iradah-Nya. Dia Maha Agung dan Maha Luhur.”

Imam Al Khathibi berkata, “Al Qayyum berarti Dzat yang berdiri sendiri, tidak pernah berhenti. Jadi, manakala seseorang mengucapkan ya hayyu ya qayyum berarti dia meminta pertolongan kepada Dzat Yang Hiduo dan berkuasa terhadap semua makhluk-Nya.”

Birahmatika astaghitshu—Rahmat itu meliputi segala sesuatu. Dia menciptakan itu terdiri dari seratus macam. Namun yang diturunkan di dunia hanya satu macam saja. Dengan satu rahmat itu saja, dapat dijadikan dunia terwujud kerukunan antara manusia dan hewan-hewan. Sedangkan yang rahmat lainnya ditangguhkan sampai hari kiamat untuk mengasihi para hamba-Nya.

Ashlih li sya’ni kullih—perbaikilah untuk setiap urusanku. Maksudnya doa yang mengandung harapan: perbaikilah untukku kehidupanku di dunia dan kehidupan kembaliku di akhirat kelak. Perbaikilah kesehatanku. Perbaikilah rejekiku, perbaikilah keluargaku, perbaikilah kerabatku, perbaikilah tetanggaku, perbaikilah teman-temanku. Sesungguhnya ini merupakan ungkapan yang amat mulia, yang mengisyaratkan makna yang cukup dalam. Betapa tidak, bukankah yang mengucapkan adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri?

Wa la takallani ila nafsihi thurfati ainin—Janganlah engkau biarkan aku dikendalikan oleh hawa nafsuku. Karena nafsu itu penuh dengan noda dan dosa. Ia mengajak kepada kejahatan. Maka tolonglah dan kuatkanlah aku, ya Allah.

Demikianlah, jika wanita muslimah mengamalkan doa sebagaimana yang diwasiatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fatimah, maka insya Allah akan mendapatkan kemudahan, dan mendapatkan kebahagiaan dunia sampai akhirat.

Amin ya rabbal ‘alamin…

Sumber : Buku “Pesan Rasul Untuk Kaum Wanita”
Pengarang : Ummi Fajar Al Qalami

Jika Pada Akhirnya

Jikalah derita akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti dijalani dengan sepedih rasa,
sedang ketegaran akan lebih dikenang nanti.
Jikalah kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa tidak dinikmati saja,
sedang ratap tangis tidak akan mengubah apa-apa.
Jikalah luka kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa,
sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama.
Jikalah benci dan marah akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti diumbar sepuas rasa,
sedang menahan diri adalah lebih berpahala.
Jikalah kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti tenggelam di dalamnya,
sedang tobat itu lebih utama.
Jikalah harta akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti ingin dikukuhi sendiri,
sedang kedermawanan justru akan melipatgandakannya.
Jikalah kepandaian akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti membusung dada,
sedang dengannya manusia diminta memimpin dunia.
Jikalah cinta akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti ingin memiliki dan selalu bersama,
sedang memberi akan lebih banyak memiliki arti.
Jikalah bahagia akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti dirasakan sendiri,
sedang berbagi akan membuatnya lebih bermakna.
Jikalah hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya,
mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan belaka,
sedang begitu banyak kebaikan bisa dicipta.
** untuk kalian yang sedang merasakan penderitaan, kesedihan, kekecewaan, penyesalan, kegagalan. Ayo bangkitlah, tersenyumlah, mengapa kita biarkan diri tenggelam, sedangkan ia akan menjadi masa lalu pada akhirnya....
^_^vSemangat....
Laa tahzan, Innallaha ma'anaa
Sumber : diambil dari buku "Karena Aku Begitu Cantik,
catatan harian seorang muslimah"oleh : Azimah Rahayu_

Friday, July 16, 2010

sAbaR

SaBar itu sebahagian daripada iman
dan
iman itu sangat mahal
yang tidak boleh dijualbeli
juga tidak boleh diwarisi....

Sunday, April 5, 2009

sOlat aKhir waKtu

SOLAT AKHIR WAKTU!!!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa
Amalan kita direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kitapadaNya

Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan
Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi?
penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,

La?.
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita

Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit,
Hati risau,
Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!!
Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.

Amin.

so apa lagi, dah solat?????

Saturday, March 21, 2009

kenaPa

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia

sampaikan...

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Disdains from prayers (Salat) will receive Fifteen punishments

The one who disdains prayers (Salat) will receive Fifteen punishments fromAllah..
Six punishments in this lifetime
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.

THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE :
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2. Allah does not accept his plea (Dua's)
3. Allah erases the features of good people from his face.
4. He will be detested by all creatures on earth.
5. Allah does not reward him for his good deeds. (No thawab)
6. He will not be included in the Dua's of good people.

THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING :
1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty.
Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE :
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.

THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT :
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell. May Allah give guidance to all of us.
AAMEEN!!!!!!!
----------------------------------------------

THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF: FAJR :
the glow of their face is taken away.
ZUHR : the blessing of their income is taken away.
ASR : the strength of their body is taken away.
MAGHRIB : they are not benefited by their children.
'ISHA : the peace of their sleep is taken away.
-------------------------------------------------

THE HOLY QUR'AN:'Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said'.

perLu - daPat - kenaPa



apa yang kau perlukan??

1. Cinta
2. Kasih Sayang
3. Gembira
4. Bahagia
5. Kaya
6. Senang
7. Jujur
8. Ikhlas
9. Aman
10. Cantik

apa yang kau dapat?

1. Kegagalan
2. kesedihan
3. Kebencian
4. Kesusahan
5. Pembohongan
6. Kemungkaran
7. Kemusnahan
8. Kebakhilan
9. Kezaliman
10. Kebathilan

mengapa ini terjadi?

1. pernah kau sujud padaKu?
2. pernah kau merayu padaKu?
3. pernah kau mengadu padaKu?
4. pernah kau menghambakan diri padaKu?
5. pernah kau bertaubat padaKu?
6. pernah kau syirik padaKu?
7. pernah kau syukur padaKu?
8. pernah kau tahajud padaKu?
9. pernah kau ingat padaKU?
10. pernah kau mengaku Aku PenciptaMu?

justeru, jangan sesali apa yang berlaku, kerana ini putaran dunia, tiap sesuatu itu pasti ada hukum timbang baliknya.

Ya muslimin dan muslimat, maafkan aku dan Ya Robb ampuni aku kerana telah lalai dari mengingatiMu setiap detik dan waktu...

ALLAH YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI .

Telah ku ukur bayang bayangku
Dari waktu ke waktu
Telah ku langkah dari benua kebenua
Untuk mempelajari erti kehidupan

Telah ku daki hingga ke puncak

Dan jatuh tiba tiba
Telah kuhabiskan masa dengan soalan
Sedangkan jawapannya didalam genggaman

Setiap yang hidup pasti mengalami

Pahit getir gelombang masa
Begitulah khudrat yang Esa
Bukankah bayang tergantung pada cahayaNYA
Langkah tersandar pada niat
Hukum alam dan kehidupan

Telah kucermin wajah diri

Dan menyelam kehati perasaan ku ini
Mencari kenyataan di sebalik mimpi
Dan nyatalah bahwa hakikatnya suci
Bahagia .

TQ ALLAH SWT

DOA

doa tanpa usaha - BOHONG
usaha tanpa doa - SOMBONG

sepatutnya :

usaha -----> doa ------> tawakal
manakala SABAR itu senjata mukmin

wallahualam

mulAi dEngaN 3M

nak share dengan kengkawan :

mari kita merubah sesuatu dengan 3 M :

1. mulai dengan diri kita,
apa pun perkara yang kita inginkan mestilah dimulai dalam diri kita,
kalau kita maukan orang jujur pada kita, maka kita sendiri mestilah
jujur.
kalau kita nak orang sayang kita, kita mestilah sayang diri kita dulu.

2. mulai dengan yang kecil
mula dengan perkara yang sekecilnya, kerana mungkin pada
pandangan kita kecil tapi besar pada pandangan Allah.

3. mulai saat ini
mulakan dari saat ini, detik ini kerana nanti belum tentu kita sempat,
esok belum tentu masih bernyawa....

kalau kita harapkan keluarga kita bahagia, maka diri kita sendiri mesti bahagia, jangan mengharap sesuatu yang kita sendiri tak punya...

kita nak CINTA, tapi tak cinta ALLAH
kita nak SAYANG, tapi tak sayang diri
kita nak orang JUJUR, kita sendiri tak jujur

pandang diri sendiri, ubah diri dan selamatkan keluarga...

semoga sama-sama diberi inayah untuk beramal..

Ya Allah ampunkan lah dosa2 kedua ibubapa kami,
Ya Allah ampunkan lah dosa2 kami yang banyak
Ya Allah ampunkan dosa2 kami dalam keadaan kelam
Berilah kami kesanggupan untuk beramal
Berilah kami kesanggupan untuk menghadapi kehidupan dibumiMu...
amin...

Thursday, March 12, 2009

one moment listen please...

The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT

SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa.

Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah.

Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam.

Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.

Penyeksaan Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam.

Nabi Muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!

gadis ku

Gadisku,
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sangkumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbanguntuk mendekatimu.

Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.

Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah.

Wanita solehah yg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.

Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakan mu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.

Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap Penciptamu