Tuesday, December 4, 2012

IKHLAS MENERIMA KEKURANGAN PASANGAN


Hal terpenting pertama yang harus kita perlihatkan kepada calon pasangan kita adalah menunjukkan apa yang menjadi kekurangan kita. Bukan malah dengan begitu bangganya menonjolkan apa yang menjadi kelebihan kita.

Katakan kepadanya : "Aku bukan orang yang sempurna. Dan aku berharap kamulah yang akan menjadi penyempurna hidupku."


Jika hal itu bisa kita lakukan,,
Maka apa yang menjadi kelebihan kita akan menjadi sebuah 'HADIAH' terindah untuk pasangan kita ketika pada suatu saat dia mengetahui dengan sendirinya.

Sesungguhnya Cinta yang tulus tak hanya mencari kelebihan dari pasangan.Akan tetapi juga harus siap menerima setiap kekurangan dari pasangan yang kita cintai.

Karena pada hakikatnya..
Membangun rumah tangga adalah sebuah proses dalam menyatukan dua hati untuk saling mengisi dan saling melengkapi demi mengharap Redha Ilaahi Rabbi...





InsyaAllah.

Monday, December 3, 2012

MENGHARGAI CUTI SEKOLAH

Cuti persekolahan hujung tahun sememangnya merupakan waktu yang amat dinanti-nantikan oleh sebahagian ibubapa dan  juga  semua  anak-anak yang bersekolah.  Ini adalah  kerana waktu ini  para ibubapa sudah merancang percutian anak-anak mereka sama ada untuk pergi melancong, berkelah, pulang ke kampung halaman dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini jika dirancang dan dilakukan mengikut lunas-lunas Islam sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada anak-anak disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi sesama keluarga dan saudara-mara.

Kita harus menyedari bahawa cuti persekolahan bukanlah bermakna membiarkan anak-anak hidup sebebas-bebasnya kerana ini hanya akan mengundang banyak perkara negatif dalam diri mereka. Kita harus sedar bahawa anak-anak  mudah terpengaruh dengan arus globalisasi yang membawa masuk pelbagai bentuk budaya negatif dan bertentangan dengan budaya murni umat Islam. Antaranya seperti budaya songsang, kes-kes buli, pergaduhan, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Ini seterusnya akan memburukkan lagi masalah moral dan sosial yang telah berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Tidak kurang pula pelajar-pelajar yang suka melepak di kaki-kaki lima mahupun di pusat-pusat membeli-belah, berkurung dalam bilik, di depan skrin komputer. Benar atau tidak, hanya ibu bapa ada jawapannya. Jika sepanjang cuti ini, mereka melahirkan hasrat untuk tidur, bermain atau menonton wayang, kita seharusnya sedari awal, merencana apa yang perlu dilakukan supaya masa emas, tidak berlalu sia-sia.

"Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Justeru kita sebagai ibubapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak, seharusnya berusaha menanamkan sifat menghargai masa dan membudayakannya dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak harus dididik bagaimana untuk memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Mereka juga harus sentiasa diingatkan betapa masa yang telah berlalu pergi tidak akan kembali lagi. Masa itu diibaratkan seperti emas yang amat berharga; yang mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap orang  yang memilikinya

Waktu begini disarankan  dipenuhi  dengan  aktiviti  berfaedah.  ‘Summer camp’ antara  pilihan  untuk  dimanfaat  pelajar  ketika cuti.. ‘Summer  camp’ menyediakan  tiga  jenis  gaya  pembelajaran, iaitu melalui visual, auditori dan kinestetik bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai apa  yang ingin disampaikan.  Hakikatnya, pelajar lebih  mudah  memahami sesuatu  yang ingin disampaikan  apabila  mereka  melakukan  aktiviti  yang dapat merangsang minda mereka dan seterusnya maklumat berkenaan akan tersimpan di minda kekal.  Selain itu, mereka juga mudah tertarik dan berminat  apabila melalui sesuatu  yang baru  yang  belum pernah mereka lalui sebelum  ini . Boleh dikatakan, “summer camp” menjadi  keperluan kepada  pelajar  terutama generasi sekarang  sebagai  pelengkap pembelajaran  di sekolah  bagi  menjamin survival mereka pada masa akan datang Bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya bercuti. Jangan biarkan masa berlalu  percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita. 
Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di dalamnya. Jika  ia  air kosong harganya murah berbanding  jika  ia diisi dengan emas maka ia berharga. 

Bagi yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan  aktiviti lain  asalkan  tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan perancangan.  Rugi sangat masa berlalu  begitu  saja  jika asyik menghadap permainan  video  sepanjang  waktu  atau  menonton televisyen.  Hassan  Al-Banna  pernah  mengatakan, “Waktu  adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan.”


Begitu pentingnya  waktu  sehingga  Allah s.w.t  bersumpah  dengan  waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” firman  Allah dalam surat al-Ashr.  Selain  itu, dalam surah  lain  seperti  Walfajri, demi  waktu  fajar  (al-Fajr:1),  Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1),  Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi  waktu  siang (asy-Syams: 4).

Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin.  Hantarlah anak mengikuti kelas atau  tuisyen  atau  bawalah  mereka ke pesta buku  yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.

Bagi ibu bapa  yang sibuk bekerja, luangkan  masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak.  Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun  hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Masa cuti ni lah anak-anak kita ingin 'recharge' tenaga, emosi dan semangat.

Ada juga yang berpegang pada  pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Tidak begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Pepatah  seperti  ini  tidak  boleh  diguna pakai oleh seseorang  yang  bergelar pelajar. Islam menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang  masa hinggalah  ke liang  lahad. Apa yang  peliknya, apabila  tiba  waktu  belajar, mereka  juga  tidak  belajar.  Ada  sesetengah  pelajar, apabila  guru mengajar di depan, mereka berbual-bual di belakang dan kerja rumah  yang  di beri oleh guru  sering  mereka  abaikan.  Manusia  yang  membazikan  masa  adalah tergolong di dalam golongan  orang-orang  yang  rugi. Mereka  rugi di dunia dan juga  rugi  di akhirat.
Tanggungjawab ibu bapa sangatlah besar dan berat. Mendidik anak menjadi seorang muslim sejati bukanlah senang. Tambah pula di era moden ni masing-masing ada kerjaya nak dijaga. komitmen berbahagi-bahagi antara dunia dan akhirat.. Itu adalah paksaan dunia, kita tidak diwajibkan mencari kemewahan semata tetapi carilah akhiratnya jua. Ibu bapa juga boleh diistilahkah penghantar ke syurga atau sebaliknya.
Adakah telah dipersiapkan anak-anak yang dilahirkan untuk dapat uruskan jenazah ibu bapa mereka setelah mereka meninggal? Mandikan jenazah, kafankan, mahupun urusan ke liang lahad. Tidak kira la lelaki ataupun perempuan tetap sama. Tidak semestinya anak perempuan tak layak, tak sesuai dan segala bagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab untuk menguruskan jenazah ibunya. Alangkah baik kalau selaku anak adik beradik memandikan sendiri jenazah orang tuanya. Tentunya kalau kita sendiri melakukan perkara tersebut dengan penuh kasih sayang dan tertib. Kalau orang lain semestinya tak macam yang kita uruskan sendiri. Andaikata ada aib, tentunya rahsia tu kita simpan ketat-ketat. Begitu jugak masa mengkafankannya. Tentunya kita susun elok-elok kita balut cantik-cantik sebagai pakaian terbaik untuk dihantar ke alam roh kelak. Seterusnya mengimamkan jemaah untuk sembahyang jenazah. Adakah anak-anak kita mampu untuk melakukan tu? Sehingga masuk ke liang lahad untuk meletakkan diperbaringan terakhir, semua urusan terakhir anak-anak yang buat. Si arwah tentu berbangga dan bersyukur kerana diberi anak yang soleh dan solehah  dan bertanggungjawab.

Anak adalah amanah yang mesti dicorak menurut perintah dan kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti perangai Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu laksanakan komunikasi unggul, tunjukkan teladan yang baik dan paling penting; utamakan solat dan berdoa.
Apa juga perancangan ibu bapa, hendaklah memastikan anak dapat menikmati percutian dengan belajar perkara yang boleh dimanfaatkan mereka dalam membentuk jati diri menjadi umat Islam yang akan  berbakti kepada  agama, bangsa serta negara. 
Wallahualam

                                                              Renungan
             
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan  suami isteri  bersyukur  atas  rezeki  berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT  berfirman  yang bermaksud, 
Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”


" WANITA ITU..."

WANITA ITU SEDERHANA...
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya butuh ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.

WANITA ITU KUAT...
Ia mampu tetap tersenyum kala teriris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.

Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.

WANITA ITU PENYEMANGAT...
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.
Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN...
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA IA BODOH...
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

BUKAN KERANA IA LEMAH...
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah derajat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam.
Mereka tidak ingin berada diatasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu.

Maka hargailah wanita...
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai RidhaNya.
Assalam kengkawan

lamanya tak update blog ni...

sebabnya...

biasalah manusia ni kan, bila dah lama terlupa, harunya terlupa email dan kata laluan...

now insyaAllah aktif balik jika diizinkan oleh Nya...
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. - ALMUKMIN 60

Tuesday, August 17, 2010

"Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika isteri menangis dihadapanmu,
"Hargailah ia sebelum terlewat.
"Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaatkau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2,jika seorang isteri menangis keranamu,tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITyang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wallhualam

Tuesday, August 3, 2010

PERBAIKILAH KEADAAN DIRIMU

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. bahwa suatu ketika Rasulullah berkata kepada Fatimah, “Wahai Fatimah, apa yang menghalangimu untuk mendengarkan sesuatu yang telah kuwasiatkan kepadamu agar kamu mengucapkannya, baik di waktu pagi maupun di waktu petangmu. Ucapan itu adalah : Wahai dzat yang hidup, wahai Dzat yang berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku seluruhnya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada nafsuku sekejap mata pun.” (HR. Muttafaq Alaihi).

Itulah wasiat Rasulullah yang sangat berharga kepada putrinya, Fatimah ra. Wasiat itu pernah disampaikan kepada Fatimah. Namun kebetulan suatu ketika Fatimah lupa mengamalkan pesan tersebut. Yang demikian itu membuat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam terdorong untuk menegur, “Apa yang mengahalangimu untuk mendengarkan sesuatu yang telah kuwasiatkan kepadamu.”

Peringatan itu adalah bukti kasih sayang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fatimah. Sehingga Rasulullah meminta agar Fatimah membacanya di waktu pagi dan petang. Dan sebenarnya, wasiat itu tidak terbatas untuk Fatimah saja, tetapi baik pula untuk kita contoh dan kita amalkan.

Hayyu adalah salah satu dari sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam Al-Quran disebutkan sebanyak lima kali. Abu Sulaiman al Khathibi ra. mengatakan : Al Hayyu, artinya Dzat yang senantiasa ada dan hidup. Bagi-Nya tidak berlaku adanya hidup sesudah mati dan tidak pula sebaliknya. Sedangkan yang lain akan mengalami mati sesudah hidup atau hidup sesudah mati.

Sementara itu Al Allamah al Halimi ra. Berpendapat, “Ya Hayyu adalah suatu ucapan yang timbul karena sesuatu yang hidup. Sementara seluruh perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala timbul daripada-Nya dan dengan kemutlakan-Nya. Jika kita telah menetapkan predikat itu untuk-Nya, maka kita telah mengutarakan satu kenyataan bahwa Dia adalah Dzat Yang Hidup.”

Al Qayyum merupakan di antara sifat perbuatan (af’al) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam Al Quran disebutkan sebanyak tiga kali. Kata Imam Halimi, “Sesungguhnya Dia adalah Dzat yang berdiri di atas setiap makhluk. Dialah Yang mengatur dan mengendalikan sesuatu dengan iradah-Nya. Dia Maha Agung dan Maha Luhur.”

Imam Al Khathibi berkata, “Al Qayyum berarti Dzat yang berdiri sendiri, tidak pernah berhenti. Jadi, manakala seseorang mengucapkan ya hayyu ya qayyum berarti dia meminta pertolongan kepada Dzat Yang Hiduo dan berkuasa terhadap semua makhluk-Nya.”

Birahmatika astaghitshu—Rahmat itu meliputi segala sesuatu. Dia menciptakan itu terdiri dari seratus macam. Namun yang diturunkan di dunia hanya satu macam saja. Dengan satu rahmat itu saja, dapat dijadikan dunia terwujud kerukunan antara manusia dan hewan-hewan. Sedangkan yang rahmat lainnya ditangguhkan sampai hari kiamat untuk mengasihi para hamba-Nya.

Ashlih li sya’ni kullih—perbaikilah untuk setiap urusanku. Maksudnya doa yang mengandung harapan: perbaikilah untukku kehidupanku di dunia dan kehidupan kembaliku di akhirat kelak. Perbaikilah kesehatanku. Perbaikilah rejekiku, perbaikilah keluargaku, perbaikilah kerabatku, perbaikilah tetanggaku, perbaikilah teman-temanku. Sesungguhnya ini merupakan ungkapan yang amat mulia, yang mengisyaratkan makna yang cukup dalam. Betapa tidak, bukankah yang mengucapkan adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri?

Wa la takallani ila nafsihi thurfati ainin—Janganlah engkau biarkan aku dikendalikan oleh hawa nafsuku. Karena nafsu itu penuh dengan noda dan dosa. Ia mengajak kepada kejahatan. Maka tolonglah dan kuatkanlah aku, ya Allah.

Demikianlah, jika wanita muslimah mengamalkan doa sebagaimana yang diwasiatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fatimah, maka insya Allah akan mendapatkan kemudahan, dan mendapatkan kebahagiaan dunia sampai akhirat.

Amin ya rabbal ‘alamin…

Sumber : Buku “Pesan Rasul Untuk Kaum Wanita”
Pengarang : Ummi Fajar Al Qalami