Kita harus menyedari bahawa cuti persekolahan bukanlah
bermakna membiarkan anak-anak hidup sebebas-bebasnya kerana ini hanya akan
mengundang banyak perkara negatif dalam diri mereka. Kita harus sedar bahawa
anak-anak mudah terpengaruh dengan arus
globalisasi yang membawa masuk pelbagai bentuk budaya negatif dan bertentangan
dengan budaya murni umat Islam. Antaranya seperti budaya songsang, kes-kes
buli, pergaduhan, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Ini seterusnya
akan memburukkan lagi masalah moral dan sosial yang telah berlaku di dalam
masyarakat kita hari ini. Tidak kurang pula pelajar-pelajar yang suka melepak
di kaki-kaki lima mahupun di pusat-pusat membeli-belah, berkurung dalam bilik,
di depan skrin komputer. Benar atau tidak, hanya ibu bapa ada jawapannya. Jika
sepanjang cuti ini, mereka melahirkan hasrat untuk tidur, bermain atau menonton
wayang, kita seharusnya sedari awal, merencana apa yang perlu dilakukan supaya
masa emas, tidak berlalu sia-sia.
"Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Justeru kita sebagai ibubapa yang prihatin dengan masa depan
anak-anak, seharusnya berusaha menanamkan sifat menghargai masa dan
membudayakannya dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak harus dididik bagaimana untuk memanfaatkan masa yang
ada dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Mereka juga harus
sentiasa diingatkan betapa masa yang telah berlalu pergi tidak akan kembali
lagi. Masa itu diibaratkan seperti emas yang amat berharga; yang mesti
dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap orang yang memilikinya
Waktu begini disarankan
dipenuhi dengan aktiviti
berfaedah. ‘Summer camp’
antara pilihan untuk
dimanfaat pelajar ketika cuti.. ‘Summer camp’ menyediakan tiga
jenis gaya pembelajaran, iaitu melalui visual, auditori
dan kinestetik bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai
apa yang ingin disampaikan.
Hakikatnya, pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang ingin disampaikan apabila
mereka melakukan aktiviti
yang dapat merangsang minda mereka dan seterusnya maklumat berkenaan
akan tersimpan di minda kekal. Selain itu, mereka juga mudah tertarik dan
berminat apabila melalui sesuatu yang baru
yang belum pernah mereka lalui
sebelum ini . Boleh dikatakan, “summer
camp” menjadi keperluan kepada pelajar
terutama generasi sekarang
sebagai pelengkap pembelajaran di sekolah
bagi menjamin survival mereka
pada masa akan datang Bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya
bercuti. Jangan biarkan masa berlalu
percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita.
Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di
dalamnya. Jika ia air kosong harganya murah berbanding jika
ia diisi dengan emas maka ia berharga.
Bagi yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu
dengan menganjurkan aktiviti lain asalkan
tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan
perancangan. Rugi sangat masa berlalu
begitu saja jika asyik menghadap permainan video
sepanjang waktu atau
menonton televisyen. Hassan Al-Banna
pernah mengatakan, “Waktu adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti
mensia-siakan kehidupan.”
Begitu pentingnya waktu sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” firman Allah dalam surat al-Ashr. Selain itu, dalam surah lain seperti Walfajri, demi waktu fajar (al-Fajr:1), Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1), Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi waktu siang (asy-Syams: 4).
Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Hantarlah anak mengikuti kelas atau tuisyen atau bawalah mereka ke pesta buku yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.
Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkan masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak. Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Masa cuti ni lah anak-anak kita ingin 'recharge' tenaga, emosi dan semangat.
Begitu pentingnya waktu sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” firman Allah dalam surat al-Ashr. Selain itu, dalam surah lain seperti Walfajri, demi waktu fajar (al-Fajr:1), Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1), Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi waktu siang (asy-Syams: 4).
Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Hantarlah anak mengikuti kelas atau tuisyen atau bawalah mereka ke pesta buku yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.
Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkan masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak. Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Masa cuti ni lah anak-anak kita ingin 'recharge' tenaga, emosi dan semangat.
Ada juga yang berpegang pada
pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Tidak
begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Pepatah seperti
ini tidak boleh
diguna pakai oleh seseorang
yang bergelar pelajar. Islam
menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang masa hinggalah ke liang
lahad. Apa yang peliknya,
apabila tiba waktu
belajar, mereka juga tidak
belajar. Ada sesetengah
pelajar, apabila guru mengajar di
depan, mereka berbual-bual di belakang dan kerja rumah yang
di beri oleh guru sering mereka
abaikan. Manusia yang
membazikan masa adalah tergolong di dalam golongan orang-orang
yang rugi. Mereka rugi di dunia dan juga rugi
di akhirat.
Tanggungjawab
ibu bapa sangatlah besar dan berat. Mendidik anak menjadi seorang muslim sejati
bukanlah senang. Tambah pula di era moden ni masing-masing ada kerjaya nak
dijaga. komitmen berbahagi-bahagi antara dunia dan akhirat.. Itu adalah paksaan
dunia, kita tidak diwajibkan mencari kemewahan semata tetapi carilah akhiratnya
jua. Ibu bapa juga boleh diistilahkah penghantar ke syurga atau sebaliknya.
Adakah telah dipersiapkan anak-anak yang dilahirkan untuk
dapat uruskan jenazah ibu bapa mereka setelah mereka meninggal? Mandikan jenazah,
kafankan, mahupun urusan ke liang lahad. Tidak kira la lelaki ataupun perempuan
tetap sama. Tidak semestinya anak perempuan tak layak, tak sesuai dan segala
bagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab untuk menguruskan jenazah
ibunya. Alangkah baik kalau selaku anak adik beradik memandikan sendiri jenazah
orang tuanya. Tentunya kalau kita sendiri melakukan perkara tersebut dengan
penuh kasih sayang dan tertib. Kalau orang lain semestinya tak macam yang kita
uruskan sendiri. Andaikata ada aib, tentunya rahsia tu kita simpan ketat-ketat.
Begitu jugak masa mengkafankannya. Tentunya kita susun elok-elok kita balut
cantik-cantik sebagai pakaian terbaik untuk dihantar ke alam roh kelak.
Seterusnya mengimamkan jemaah untuk sembahyang jenazah. Adakah anak-anak kita
mampu untuk melakukan tu? Sehingga masuk ke liang lahad untuk meletakkan
diperbaringan terakhir, semua urusan terakhir anak-anak yang buat. Si arwah
tentu berbangga dan bersyukur kerana diberi anak yang soleh dan solehah dan bertanggungjawab.
Anak adalah amanah yang mesti dicorak menurut perintah dan
kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan di
akhirat. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, diriwayatkan Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah
iaitu suci dan bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap
seperti perangai Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai
tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Perkara
utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu
laksanakan komunikasi unggul, tunjukkan teladan yang baik dan paling penting;
utamakan solat dan berdoa.
Apa juga perancangan ibu bapa, hendaklah memastikan anak
dapat menikmati percutian dengan belajar perkara yang boleh dimanfaatkan mereka
dalam membentuk jati diri menjadi umat Islam yang akan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.
Wallahualam
Renungan
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya
pasangan suami isteri bersyukur
atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan
50, Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia
menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa
yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki.
Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia
kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
No comments:
Post a Comment