Wednesday, February 4, 2009

hati akan tenteram

kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti.Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya selain berzikir kepada Allah.

Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah dibumiNya. Maka siapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya diakhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagian hakiki.

Berzikir pada Allah, awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan sirna. Bahkan segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh.

Semakin banyak kita mengingati Allah, fikiran akan semakin terbuka, hati akan semakin tenteram, jiwa semakin bahagia dan nurani semakin damai sentosa, kerana ia terkandung nilai2 ketawakkalan kepadaNya, keyakinan penuh kepadaNya, ketergantungan diri hanya kepadaNya, kepasrahan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya dan pengharapan kebahagiaan dariNya...

WAHAI ORANG YANG MENGELUH KERANA SUKAR UNTUK TIDUR, YANG MENANGIS KERANA SAKIT, YANG BERSEDIH KERANA SEBUAH TRAGEDI DAN YANG BERDUKACITA KERANA SUATU MUSIBAH...SEBUTLAH NAMANYA YANG KUDUS!!!!!...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment